Sempena Hari Ibu

Labels: ,

Layan je Halim Yazid. Dikir barat yang xsyial mcm doom ku toksey watepak tu, merosakkan nama Besut je.




Translation:

Ingat selalu yang mak pesan
Setiap kali hamba nak turun berjalan
Jangan lupakan Tuhan
Kita orang islam tak boleh tinggal sembahyang


Ingat slalu yang mak pesan
Walau jauh duduk tempat orang
Jangan lupa kampung halaman
Saudara mara di Kelantan
Jangan sombong dgn orang


Pesan ibu bapa sikit hamba tak lupa
Pesan ibu bapa ingat selamanya
Pesan diturunkan pula kepada anak hamba
Kita tak berharta pesanan jadi pusaka


Ingat slalu yang mak pesan
Kita susah jangan tumpang orang
Jangan pinjam berhutang
Kalau dah banyak hutang
Kita susah nak senang


Yang mak pesan hari2
Pandai pandai jaga diri sediri
Gaduh jangan dicari
Tempat tak elok jangan pergi
Orang kacau kena lari


Masa kita kaya ramai la mengaku sahabat
Bila dah tiada apa2 kucing pun xnak dekat
Masa senang lega ramai kaum kerabat
Bila dah tiada apa2 lalat pun xnk hinggap


Ingat lagi yang mak kata
Berhati hati bila berbicara
Lidah maruah kita
Hati orang kena jaga
Tak baik mengumpat mengata


Yang mak pesan hari2
Kita kena kenal diri sendiri
Mana asal kita datang
Kemana haluan kita
Baik baik jaga diri

iIngat slalu yang mak pesan
Walau jauh duduk tempat orang
Jangan lupa kampung halaman
Saudara mara di Kelantan
Jangan sombong dgn orang

Pesanan mak hamba iklhas mari dari hati
Pesan pada anaknya dari dulu sampai sekarang


Ingat selalu yang mak pesan
Setiap kali hamba nak turun berjalan
Jangan lupakan Tuhan
Kita orang islam tak boleh tinggal sembahyang
Ingat selalu yang mak pesan
Ingat selalu yang mak duk pesan
Ingat selalu yang mak pesan


0 comments:

Post a Comment