Hipokritnya kau.... KENAPA?
Bila tgk orang post gambar pokok berbentuk "LA ILAHA ILLALLAH" baru kau nk sebut "Subahanallah"
Bila kau tgk kalimah Allah pada genangan air,baru la kau "Allahuakbar"
Bila kau tgk orang post video sejadah dalam kedudukan macam orang solat,baru la kau ucap "Subahanallah"
Bila kau tgk gambar masjid yang utuh berdiri walau dibadai tsunami, baru la kau nak igt kebesaran Allah SWT.
Bila kau tgk pokok berbentuk manusia ruku' kau memuji2 walhal ko sendiri xpenah ruku' dgn bersolat.
Bila kau tgk gambar kalimah Allah SWT pada sarang lebah, baru la kau nk memuji kebesaran Allah SWT.
Bila kau tgk gambar kalimah Allah SWT pada bulu kucing,baru la kau nk percaya kekuasaan Illahi.
Tapi kenapa kau ambik pusing dgn semua gambar2 yg kedudukannya jauh dr kau? Dekat hanya pada skrin monitor kau je. Kenapa kau xambil kisah psl bukti yg betul2 berada dekat dgn kau? Yang kemas tersimpan dalam laci atau atas almari kau? Yang menjadi santapan si anai-anai. Kenapa kau tak pernah nak fahami apa kandungan bukti terulung tu? Gambar2 di atas xperlu utk kau jadikan rujukan kebesaran Allah SWT kerana bukti plg dekat ada dalam rumah kau sendiri. Bacalah, kerana itu adalah apa yg dicakapkan oleh pencipta apa yang kau tgk dalam gambar2 di atas. Inilah bukti kewujudan dan kekuasan Yang Maha Esa. Senaskah Al-Quran yang kau dah lama tak sentuh.
0 comments:
Post a Comment