Ya'juj & Ma'juj

Labels:



Ya'juj & Ma'juj adalah sebutan dlm A-Quran psl sekelompok manusia(xjelas) yg ada kekuatan sbg perosak & penghancur kehidupan kt muka bumi.
Xjelas yg dimaksudkan ialah Ya'juj dgn Ma'juj ni xpenah diberi pengenalan secara terperinci. Ada yg sebut sgt manusia, ada yg ckp bentuk monster, dan ada yg ckp ya'juj & ma'juj ni sebuah negara @ bangsa.


Dalam Islam, Ya'juj & Ma'juj ni tinggal di antara 2 buah gunung.
Sehingga apabila ia sampai di antara dua gunung, ia dapati di sisinya satu kaum yang hampir-hampir mereka (Zulkarnain) tidak dapat memahami perkataan. (Surah Al-kahfi : 93)


Ya'juj & Ma'juj merupakan perosak di muka bumi.
Mereka berkata: "Wahai Zulkarnain, sesungguhnya
kaum Yakjuj dan Makjuj sentiasa melakukan kerosakan di bumi; oleh itu, setujukah kiranya kami menentukan sejumlah bayaran kepadamu (dari hasil pendapatan kami) dengan syarat engkau membina sebuah tembok di antara kami dengan mereka?" (Surah Al-Kahfi : 94) 
Dikurung oleh Zulkarnain.
Dia menjawab: "(kekuasaan dan kekayaan) yang Tuhanku jadikan daku menguasainya, lebih baik (dari bayaran kamu); oleh itu bantulah daku dengan tenaga (kamu beramai-ramai) aku akan bina antara kamu dengan mereka sebuah tembok penutup yang kukuh.Bawalah kepadaku ketul-ketul besi"; sehingga apabila ia terkumpul separas tingginya menutup lapangan antara dua gunung itu, dia pun perintahkan mereka membakarnya dengan berkata: "Tiuplah dengan alat-alat kamu" sehingga apabila ia menjadikannya merah menyala seperti api, berkatalah dia: "Bawalah tembaga cair supaya aku tuangkan atasnya".Maka mereka tidak dapat memanjat tembok itu, dan mereka juga tidak dapat menebuknya.(Surah Al-Kahfi : 95 - 97)
 Ya'juj & Ma'juj keluar kembali.
(Setelah itu) berkatalah Zulkarnain: "Ini ialah suatu rahmat dari Tuhanku; dalam pada itu, apabila sampai janji Tuhanku, Dia akan menjadikan tembok itu hancur lebur, dan adalah janji Tuhanku itu benar". (Surah Al-Kahfi : 98)
Dinding yang dibina Zulkarnain runtuh.

Dari Zainab binti Jahsy :
Bahawa Rasulullah bangun dari tidurnya sambil bersabda: Laa ilaaha illallah, celakalah orang-orang Arab kerana suatu bencana akan terjadi, iaitu hari ini dinding menahan Yakjuj dan Makjuj telah terbuka sebesar ini. Dan Sufyan (perawi hadis ini) melingkarkan jarinya membentuk angka sepuluh (membuat lingkaran dengan jari telunjuk dan ibu jari). Aku (Zainab binti Jahsy) bertanya: Wahai Rasulullah, apakah kita semua akan binasa padahal di antara kita banyak terdapat orang-orang saleh? Beliau menjawab: Ya, jika banyak terjadi kemaksiatan.
(Hadis Riwayat Muslim)
Ya'juj & Ma'juj turun dari tempat tinggi.
Dikhabarkan di dalam Al Quran bahawa Yakjuj dan Makjuj akan turun dari tiap-tiap tempat yang tinggi.
(Demikianlah keadaan mereka) hingga apabila terbuka tembok yang menyekat Yakjuj dan Makjuj, serta mereka meluru turun dari tiap-tiap tempat yang tinggi.Dan hampirlah datangnya janji hari kiamat yang benar, maka dengan serta-merta pandangan mata orang-orang yang kufur ingkar terbeliak (sambil berkata dengan cemas): "Aduhai celakanya Kami. Sesungguhnya kami telah tinggal dalam keadaan yang melalaikan kami daripada memikirkan perkara ini, bahkan kami telah menjadi orang-orang yang menganiaya diri sendiri". (Surah Al-Anbiyaa’ : 96 - 97) 
Allah berfirman menerusi ayat surah al-Kahfi : “Kemudian dia (Zulkarnain) menempuh suatu jalan (yang lain lagi). Hingga apabila dia sampai antara dua gunung, dia mendapati di hadapan kedua bukit itu suatu kaum yang hampir tidak mengerti pembicaraan.

“Mereka berkata: ‘Hai Zulkarnain, sesungguhnya Yakjuj dan Makjuj itu orang yang membuat kerosakan di muka bumi, maka dapatkah kami memberikan sesuatu pembayaran kepadamu, supaya kamu membuat dinding antara mereka?’.

“Zulkarnain berkata: ‘Apa yang dikuasakan Tuhanku kepadaku terhadapnya adalah lebih baik, maka tolonglah aku dengan kekuatan (manusia dan peralatan), agar aku membuatkan dinding antara kamu dan mereka. Berilah aku potongan-potongan besi’.

“Hingga apabila besi itu sudah sama rata dengan kedua-dua (puncak) gunung itu, berkatalah Zulkarnain: ‘Tiuplah (api itu)’. Hingga apabila besi itu sudah menjadi (merah seperti) api, dia pun berkata: ‘Berilah aku tembaga (yang mendidih) agar aku tuangkan ke atas besi panas itu.

“Maka mereka tidak dapat mendakinya dan mereka tidak dapat melubanginya. Zulkarnain berkata: ‘Ini (dinding) adalah rahmat daripada Tuhanku, maka apabila sudah datang janji Tuhanku (kiamat), Dia akan menjadikannya hancur luluh dan janji Tuhanku itu adalah benar.”

Dalam ayat surah an-Anbiyaa’ pula, Allah berfirman: “Hingga apabila dibukakan (tembok) Yakjuj dan Makjuj; dan mereka turun dengan cepat dari seluruh tempat yang tinggi. Dan sudah dekatlah kedatangan janji yang benar (kaimat) maka tiba-tiba terbelalaklah mata orang kafir. (Mereka berkata): ‘Aduhai, celakalah kami, sesungguhnya kami adalah dalam kelalaian mengenai ini, bahkan kami adalah orang yang zalim’.”

Sejak dikurung,kerja Ya'juj & Ma'juj cuma moengorek tembok tu utk tembus ke dunia manusia.
Kemunculan mereka adalah selepas Dajjal dibunuh Nabi Isa A.S. yg selepas itu Nabi Isa A.S memerintahkan manusia2 yg beriman berlindung dr pergunungan. Nabi Isa A.S. kemudian berdoa kpd Allah S.W.T dgn mengutuskan ulat utk menyerang blakang badan Ya'juj & Ma'juj sehingga mati. (Ini xdpt aku pastikan psl dlu aku pernah terbaca  selepas Nabi Isa A.S. memerintahkan golongan beriman lari ke pergunungan, Nabi Isa A.S. berdoa meminta pertolongan dr Allah SWT dn kemudian Allah SWT menurunkan hujan banjir sehingga melemaskan golongan Ya'juj Ma'juj.)

Selepas mayat bangsa tu busuk,Allah SWT mengutuskan seekor burung besar utk mengangkut & bersihkan mayat2 tu dr bumi.



  • Ketika kemunculannya, mereka dikatakan akan menuju ke sebuah tasik di Palestin dan akan minum air tasik itu sehingga kering.
  • Memiliki zuriat yang ramai dan dikatakan tidak akan mati sehingga melahirkan lebih 1,000 zuriat.
  • Tiada siapa mampu menewaskan mereka dan hanya binasa dengan kekuasaan Allah.
  • Muncul selepas turunnya Nabi Isa AS dan Dajal.
  • Dalam sebuah hadis, Rasulullah menyatakan kebimbangannya apabila pada zaman baginda, Yakjuj dan Makjuj dikatakan sudah berjaya menebuk benteng Zulkarnain sebesar bulatan dibentuk ibu jari dan jari telunjuk.



Walaupun hampir seluruh bumi ni dah ditarah @ diteroka,lokasi makhluk ni masih xde sape yg jumpe.
Mereka ni cuma akan terlepas sbg tanda besar kiamat.

Jangan kita mempersoalkan mana lokasi tembok halangan dorg, dorg akan muncul satu hari nanti,itu janji Allah S.W.T. Janji Allah itu pasti.

0 comments:

Post a Comment