Kesan Radiasi Nuklear Kepada Manusia

Labels:


Kat atas ni bukanlah icon game Worms Armageddon k? Ini adalah "signboard" utk radiasi.
Semalam tv ada siarkan berita psl golongan2 haprak yang menyebarkan sms tentang radiasi dr jepun turut menjejaskan Malaysia. Saja lapar nk wreck havoc kot. Dan pd yg percaya mmg la menggelabah. Kenapa?
Kerana radiasni ni macam slow killer. Tak macam kena bom,trus mati..Radiasi ni dia makan slow2 =x
Meh kita tgk kesan radiasi pd manusia.


  1. Pendedahan radiasi berukuran 100 Rems akan merosakkan sistem peredaran darah menyebabkan sel limfosit darah akan berkurangan. Simptom awal selesema.
  2. Pendedahan kepada radiasi berukuran 200 Rems ke atas menyebabkan keguguran rambut dengan cepat, kerosakan saluran usus yang mengakibatkan mual, muntah dan cirit-birit. Pada kekuatan ini, radiasi boleh menyebabkan kerosakan saluran peranakan.
  3. Radiasi nuklear berukuran 1,000 hingga 5,000 Rems mengakibatkan kerosakan kepada pembuluh darah dan boleh menyebabkan jantung gagal berfungsi dan kematian.
  4. Pendedahan langsung kepada radiasi berukuran lebih 5,000 Rems akan menyebabkan sel otak rosak, selain membunuh sel saraf dan merosakkan pembuluh darah dalam jantung.
  5. Dalam jumlah tertentu, iodin radioaktif boleh merosakkan sebahagian atau seluruh bahagian kelenjar tiroid yang mengawal metabolisma (pengeluaran tenaga) manusia.
  6. Menurut data kesan pengeboman bom atom di Nagasaki dan Hiroshima menunjukkan mangsa cuma bertahan selama 10 tahun dan berdepan risiko jangka panjang seperti leukemia dan barah limfoma.

0 comments:

Post a Comment