Hutan Aokigahara - Salah satu tempat plg seram di dunia

Labels: ,

Salam..
Aokigahara ni sebuah hutan di kaki gunung Fuji di Jepun.
Hutan ni jgk dipanggil Sea of Trees. Hutan ni pemes utk org jepun g bunuh diri @ tanam mayat2 yg penjenayah2 bunoh. (sapa pnah tgk anime GTO msti igt masa Onizuka nk g tanam Urumi Kanzaki kt kaki Mt Fuji =x ) Lbh dr 500 org dh bunuh diri sejak 1950-an. 78 mayat ditemui pada 2002.


Trend bunuh diri kt sini bermula lpas Seicho Matsumoto terbitkan novel Kuroi Kaiju (Black Sea of Trees) yg mana dua karakter utamanya bunuh diri kt sini. Click Read more utk gambar.. xsesuai dilihat bg org yg tgh makan wakakkakaka..



BTW, kita org Islam perbuatan membunuh diri adalah termasuk di dalam kesalahan dosa-dosa besar, perbuatan membunuh diri ini TIDAK termasuk di dalam perkara yang menyebabkan seseorang terkeluar daripada Islam (Murtad) sebagaimana yang difahami oleh sebagai daripada kita, melainkan bagi orang yang menghalalkan perbuatan tersebut, jika dia menghalalkannya maka ketika itu dia dihukumkan sebagai kafir/murtad.


Kita tidak menghukumkan orang yang bunuh diri sebagai murtad, kerana Nabi S.A.W. tidak melarang para sahabat dari menyembahyangkan jenazah orang yang membunuh diri. Namun baginda sendiri tidak menyembahyangkan jenazah orang tersebut sebagai pengajaran bagi orang lain. Maka menjadi sunnah kepada para ulama dan orang yang dipandang mulia, tidak menyembahyangkan jenazah orang yang mati membunuh diri sebagai mengikut perbuatan Nabi S.A.W. dan sebagai pengajaran kepada orang lain.


Kesimpulan dia =JANGAN BUNUH DIRI























0 comments:

Post a Comment