- Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala, semua makhluk mati kecuali Izrail & beberapa malaikat lain. Pas2 Izrail cabut nyawa malaikat yg tinggal & lastly nyawa dia sndri
- Selepas 40 tahun, Israfil dihidupkan balik dan terus tiup sangkakala kali ke-2. Seluruh makhluk hidup kembali di Padang Mahsyar.
- Semua manusia bangun dalam keadaan telanjang & hina. Suma mereka xde rasa malu sbb dlm hati yg ada cuma prasaan takut fikirkan nasib & masa depan yg akan dorg trima.
- Datang api berterbangan berbunyi macam guruh halau manusia,jin ke tempat perhimpunan besar. Mereka yg mempunyai tunggangan kerana byk amalannya. Berjalan kaki pada yg kurang amalan. Berjalan dgn muka bg yg byk dosa. Masa tu xde sapa igt sapa2. Mak lupa anak,suami lupa isteri. Suma mmpu berfikir utk diri sndri je.
- Selepas semua dikumpulkan,cahaya matahari dan bulan dihapuskan.
- Langit yg tebal pecah dgn bunyi maha dahsyat, lalu turunlah malaikat2 bertasbih kpd Allah S.W.T. Suma makhluk akn terkejut dgn saiz malaikat yg besar dn suara yg menggerunkan
- Matahari muncul blk dgn kepanasan berganda. Dirasakan seperti sejengkal dari kepala. Semua mereka2 yg berkumpul berasa kepanasan smpai peluh2 mereka jd lautan. Tenggelam @ timbul mengikut amalan mereka. Keadaan ini berlarutan smpai 1k tahun
- Ada 1 telaga istimewa kepunyaan Rasulullah S.A.W. bernama Al-Kausar yg airnya hanya dapat diminum oleh golongan mukmin shj. Kafir laknatullah akan dihalau oleh malaikat yg menjaga. Air ini jika diminum xkn haus slamanya. Berbentuk segi empat tepat sebesar sebulan perjalanan. Bau air lbh harum dr kasturi,warna lebih putih dr susu dn lebih sejuk dr embun. Mempunyai saluran utk mengalir dr syurga.
0 comments:
Post a Comment