NAJIS!

Labels: ,


Masihkah korg igt ttg2 najis2 yg kta blajar zman2 skolah rendah dlu? Atau korg dah sama dgn remaja2 skng yg ayat kursi pon xtau apa..alif ba ta pon meraban nk sebut? Meh kta rewind kembali apa yg ustaz/ustazah kta dlu ajar time period PAI.

Apa tu najis? Najis ialah sesuatu perkara yang dianggap kotor oleh syara' yg terdapat dlm kehidupan kita seharian, yang boleh membatalkan wuduk @ solat. Najis terbahagi kepada 3 jenis iaitu mukhaffafah, mutawasitah dan mughallazah.

Najis Mukhaffafah (Najis Ringan)
Najis ini ialah air kencing bayi lelaki yg umurnya belum sampai 2 tahun dan tidak makan @ minum apa2 selain dari susu. Susu yg dh dicampur gula @ tepung tu pulak dikategorikan hukumnya selain dari susu.

  • Cara menyucikan cuma memadai dengan memercikkan air yg meratainya,x disyaratkan air mengalir selepas dihilangkan ainnya.
Najis Mutawasitah (Najis Pertengahan)
Najis ini ialah najis2 yang selain dr najis mukhaffafah dan mugallazah. sng cita kebanyakan benda2 kotor hari2 kita ni najis mutawasitah. Contoh;-


  1. Setiap cecair yg memabukkan
  2. Bangkai selain mayat manusia
  3. Susu binatang yg tidak dimakan dagingnya melainkan susu manusia
  4. Bahagian anggota yg bercerai dr benda hidup tu dikira hukum sbg bangkai (cntoh bulu kucing)
  • Cara menyucikan adalah dgn mengalirkan air sehingga hilang bau,warna dan rasa. Tak dimaafkan jika bau @ warna tidak hilang kecuali terlalu susah utk menghilangkannya.
Najis Mughallazah (Najis Berat)
Najis ni hanya ada 2. Anjing & babi serta keturunannya.
  • Cara menyucikan adalah dgn menggunakan air yang dicampur tanah sebanyak 7 kali. 
Hukum Arak yg Menjadi Cuka
Apabila arak @ tuak tu menjadi cuka dgn sendirinya,maka suci hukumnya, dan suci jugak la bekasnya.

0 comments:

Post a Comment