10 Penjenayah Paling Tak Cerdik

Labels: ,

1. Penjenayah yang cuba merompak bank yang dah pun ditutup.

Seorang perompak bank telah ditahan di Liberty,Pennsylvania,USA selepas polis mengesyaki dia cuba merompak bank yg telah ditutup pada tgh hari. Cristopher Allen Koch parking luar bank start dr 11.40 pagi.
Pas2 lbh krg 20minit,dia cuba masuk ke bank pukul 12.01 pm..seminit je terlambat dgn memakai topeng ski dan sepucuk pistol. Pekerja2 bank kt dalam nampak nombor plet keta dia trus laporkan pada polis.

2. Penjenayah Yang Memecah Masuk Rumah Yang Penuh Dengan Ahli Karate Bertali pinggang Hitam
Rumah juara karate Cristian Garces dipecah masuk pada 2008. Pencuri tersebut sempat mengambil laptop,dua kamera digital dan beberapa brg berharga lg sblm dia diberikan hadiah istimewa oleh Garces dan geng2 karate dia. Mereka membelasah pencuri tu sblm dia smpat jerit "Auxilio".


3. Pencuri Yang Menyamar Mati Utk Menipu Polis.
2008, seekor pencuri telah memecah masuk rumah pengkebumian di Burjassot, pekan kecil di luar bandar Valencia dan cuba menipu polis dgn menyamar sebagai salah satu mayat di situ. Tapi cubaan tu xberjaya krn 2 kesalahan dia.
1) Dia bernafas
2) Dia pakai pakaian yg agak lusuh,xmacam pakaian si mati
Jiran2 berdekatan melaporkan pada polis bila kedengaran pintu depan rumah tersebut dipecahkan tgh2 malam. Polis dan tuan empunya rumah menjumpai suspek berbaring di atas meja berdindingkan kaca yg digunakan untuk viewing si mati.


4. Pencuri Yang Menelefon Dulu Untuk Memastikan Ada Wang Dalam Cash Register
Pada 2008 polis menahan Daniel Glen atas tuduhan merompak sebuah kedai di Windsor, Ontario
selepas dia menelefon dan bertanyakan kepada kerani kedai berapa jumlah wang di dalam cash register kedai tersebut. Kerani itu kemudiannya menelefon polis yang kemudiannya menahan Glen di kawasan berhampiran. Glen juga disyaki atas 2 kejadian hampir sama di mana pencuri dilaporkan menelefon terlebih dahulu siap mntak si kerani sediakan wang2 tersebut dibungkus awal2.


5. Si Pencuri yang Menulis Namanya Sendiri di Tempat Kejadian


Peter Addison,18 memecah masuk dan menjahanamkan bangunan tapak perkhemahan kanak2 ditangkap kerana dia siap menulis nama dia di dinding tempat kejadian. 


6. Pencuri Yang Dibelasah Warga Emas Berumur 95 Tahun
Hanya bersenjatakan pemutar skru,seorang wanita berumur 95 tahun yg bergerak menggunakan kerusi roda berjaya menghalang pencuri dari memasuki rumahnya dengan cara menikam tgn si pencuri berulang kali. Kejadian berlaku pada pukul 3 pagi apabila warga emas tersebut mendengar seseorang memecahkan kaca pintu rumahnya dn cuba membuka kunci dari dalam. Apabila ada tangan yang masuk cuba membuka kunci, dia menikam tangan suspek berulang kali. Warga emas tersebut yang ketakutan tidak berganjak dari pintu kerana bimbang jika pencuri tersebut dapat masuk jika dia pergi meminta pertolongan.
Polis yg tiba menjumpai suspek telahpun pengsan di depan rumah dgn kesan tikaman berdozen dozen di tangan dan lengan.


7. Pencuri Yang Tersadung Dan Tertikam dgn Pisau yg Dicurinya.
Seorang pencuri melarikan diri selepas mencuri sebilah pisau berharga 300usd dr Superstore Meijer.
Dia yang dikejar oleh pekerja Meijer kemudian terjatuh dan tertikam perutnya dgn pisau yg dicuri.


8. Pencuri Kereta yang Memandu Kereta Itu Ke Mahkamah.
Seorang lelaki berusia 37 tahun dituduh atas kesalahan mencuri sebuah SUV Lexus selepas dia
memandu SUV tersebut ke mahkamah di mana pada hari tersebut adalah keputusan sama ada dia akn dijatuhkan tuduhan atau tidak kerana mencuri kereta.


9. Mencuri,Mabuk,Ditangkap.
Seorang pencuri yang merayakan kejayaannya merompak wang tunai dan barang kemas ditangkap
selepas dia parking kereta dia utk tido. Polis dipanggil selepas orang ramai melihat ada seseorang terbaring di belakang tayar sebuah kenderaan. Polis yang membangunkan dia memeriksa identitinya dan
mendapat tahu bahawa suspek tu mmg dh wanted krn beberapa siri rompakan. Polis juga menjumpai barang rompakan terakhir dalam kereta suspek.Dan dia juga ditangkap atas kesalahan mabuk.


10. Pencuri yang Pecah Masuk Rumah Pemain Pedang Olimpik Tersohor.
Seorang pencuri di Hungary memanjat pagar untuk memecah masuk rumah hanya utk kantoi
selepas Virgin Ujlaky nampak suspek tgh memanjat tingkap rumahnya. Dia yg kebetulan tgh praktis tanpa segan silu mengacukan hujung mata pedang dia ke leher suspek. Polis yg dipanggil dtg menahan suspek yang dirawat oleh paramedik kerana terkejut yg amat sgt. Ujlaky berkata yg dia lsg tidak takut malah mengatakan itu adalah satu latihan baik utknya.

0 comments:

Post a Comment