Haiwan2 Beracun Di Dunia

Labels: , ,

10: Ikan Buntal (Puffer)



Ikan buntal adalah vetebrata kedua plg beracun. Daging daripada beberapa spesis ni dikatakan lazat di Jepun dan Korea tetapi masalah utama adalah kulit dan beberapa organ haiwan ini yg sgt beracun. Haiwan ini mmpu mengakibatkan kematian yg pantas dan sadis. Keracunan dari haiwan in akan menyebabkan kematian tisu lidah,mulut, pening, muntah2, kadar degupan jantung meningkat tnggi, sukar bernafas, dan kegagalan otot berfungsi. Kebanyakan mangsa akan mati dalam tempoh 4-24jam dan stakat ni xdak lg penawar @ antidot.
Hanya chef2 yang mempunyai lesen boleh memasak ikan ini.

9: Katak Panah Beracun


Jika satu hari anda berjalan2 dalam hutan hujan di Amerika Tengah @ Amerika Selatan, tangan tu jgn dok gatal2 nk ambik katak yg kononnya comel,kiut & bewarna warni. Kerana katak tersebut mungkin katak panah beracun. Katak ini mungkin adalah haiwan plg beracun di dunia. Katak yang pjg cuma 2 inci(5cm) ini mempunyai racun yg cukup untuk membunuh 10 manusia bersaiz dewasa dan 20000 ekor tikus. Hanya 2 mikrogram racun katak ini yg diperlukan utk membunuh manusia biasa @ mamalia besar. Katak ini menyimpan racun mereka dalam kulit dan akan membawa kematian kepada sesiapa yg menyentuh @ memakannya.

8: Inland Taipan


Anugerah binatang popular Berita Harian kateogri "Ular Paling Berbisa di Dunia" jatuh kepada....INLAND TAIPAN AUSTRALIA!!!  Hanya 1 patukan dari ular ini mengandungi cukup racun untuk membunuh 100 orang dewasa atau 250000 ekor tikus. Bisa ular ini CUMA 200-400 kali LEBIH BERACUN dari ular tedung biasa. Racun yg sangat bertoksik ini mmpu membunuh manusia hanya dalam masa 45minit. Tp, ular ni tidak seagresif ular2 lain dan masih tiada lg korban kerana ular ini krn kebanyakan kes mangsa diselamatkan dgn antivenom.

7: Labah2 Pisang


Labah2 pisang atau nama glemernya The Brazillian Wandering Spider muncul dalam Guiness Book of World Record pada 2007 sebagai labah2 plg berbisa dan yg bertanggungjawab ke atas kebanyakan kematian manusia akibat digigit labah2. Labah2 ini dipercayai mempunyai bisa plg kuat dlm spesis labah2 hari ini. Hanya 0.006mg bisa yg diperlukan utk membunuh tikus. Pada siang hari,mereka bersembunyi di tempat yg padat,gelap seperti pakaian,kasut dll.

6: Ikan Batu


Ikan batu xkn menang pertandingan ratu cantik,tp kalo ada pertandingan ikan plg berbisa,dia kompom menang. Kalo kena bisa ikan batu ni, mangsa akan rasa macam anggota badan dorg kena potong. Kesakitan terburuk yg mampu dirasai oleh manusia,kesakitan akan disertai dgn kejutan, lumpuh, dan kematian otot2. Jika tiada rawatan dalam masa beberapa jam,mangsa berkemungkinan mati. Ikan batu menyimpan bisa dalam duri2 yg bertindak sbg mekanisma pertahanan drpd pemangsa. Ikan batu terdapat di perairan cetek lautan pasifik dan lautan india bermula dari laut merah hingga ke great barrier reef queensland.

5: Death Stalker Scorpion


Kebanyakan kepercayaan yg semua kala jengking mampu menyebabkan kematian adalah tidak benar. Kebanyakan kala jengking biasa hanya mengakibatkan kesakitan, kebas dan bengkak. Tp jika disengat Death Stalker Scorpion,lain cita. Sengatan yg sangat bertoksik dari haiwan ini akan menyebabkan kesakitan yg amat sgt pada manusia, diikuti dengan demam, koma, kekejangan, lumpuh, dan akhirnya kematian.
Walaupun berbisa, dan boleh mematikan, ia masih tidak mampu utk membunuh seorang manusia dewasa yg sihat. Kanak2,warga emas atau yg mempunyai jantung lemah adalah yg mempunyai risiko tinggi. Death Stalker Scorpion terdapat di Afrika Utara & Timur Tengah


4: Sotong Cincin Biru


Sotong ini bersaiz kecil shj,hanya bersaiz bola golf., tetapi bisanya cukup kuat dan mampu membunuh manusia. Ia membawa kandungan racun yg cukup utk membunuh 26 orang dewasa dalam masa beberapa minit dan masih tiada penawar. Gigitan tanpa rasa sakit mungkin nampak xbahaya tp neurotoksin yg berbahaya akan mula bekerja utk mengakibatkan kelemahan otot, kebas, kesukaran bernafas dan akhirnya kematian. Sotong ini terdapat di arus pasang lautan pasifik dari Jepun ke Australia.

3: Siput Kon Guli


Haiwan yg nampak macam cun dgn corak2 guli ni sama je bahaya dgn binatang2 berbisa yg lain. Setitis bisa haiwan ini mampu membunuh 20 orang manusia. Jika sapa2 pegi brenang di kawasan air masin yg hangat,nmpak benda ni,xyah la kutip. Simptom terkena bisa siput ini berlaku mungkin segera atau mungkin lewat beberapa hari. Ia akan menyebabkan rasa sakit yg tak tertahan, bengkak, kebas dan rasa semut2.
Kes yg teruk akan melibatkan kelumpuhan otot, pandangan berubah dan kegagalan bernafas. Tiada penawar utk racun siput ini.

2: Tedung Selar


Tedung Selar @ King Cobra adalah ular berbisa plg panjang di dunia. Membesar sehingga 5-6 meter,ular ini juga makan sesama ular. Satu patukan ular ini ckup mudah utk membunuh manusia dan mampu membunuh seekor gajah asia dalam masa 3 jam. Bisanya tidak setoksik bisa ular2 lain tetapi ia mampu untuk menyuntik 5 kali ganda bisa dan menyebabkan kematian 5kali ganda lebih cepat dari patukan Black Mamba. Terdapat di merata dunia khasnya Selatan  dan Selatan Asia Tenggara di kawasan hutan tebal bertanah tinggi.

1: Obor-obor Kotak


Pemenang Anugerah Binatang Popular Berita Harian jatuh kepada OBOR-OBOR KOTAK!!
Dengan kematian yg direkodkn sebanyak..tulisan jawi pulak.. 5567 kematian sejak 1954. Bisa hewan ini adalah yg plg berbahaya. Bisa yg menyerang jantung, sistem saraf, dan sel2 kulit. Dan plg teruk adalah sengatan haiwan ini akan membuatkan mangsa terkena kejutan, lemas atau mati kerana kegagalan jantung sblm sempat sampai ke daratan. Mangsa yg terselamat akan merasa rasa sakit yg teramat sgt selama berminggu2. Rawatan segera mampu menyelamatkan nyawa dr haiwan ini. Selepas disengat, cuka harus diletakkan pada tempat disengat,minima masa selepas sengatan cuma 30saat! Obor2 ini terdapat di perairan asia dan australia.

0 comments:

Post a Comment